CdiQ™

Followers

Friday, 10 February 2012

PerjanJian Ruh dengan Allah S.W.T


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul mulia. Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.inshaAllah.


Ruh merupakan fasa hidup pertama seorang manusia sebelum lahir ke dunia. semasa di dalam fasa inilah berlakunya peristiwa yang disebut sebagai 'Abdullah' di dalam Al-quran iaitu perjanjian 'ketuhanan' antara manusia dan Allah dan sebaliknya.

Allah (a.w) berfirman: ‘Dan ingatlah ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan anak-anak (yakni, keturunan) Adam dari punggung (i.e. tulang sulbi) mereka. Dan (Tuhan) mengambil penyaksian mereka ke atas diri mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka (yakni, roh) menjawab: ‘Bahkan! Kami mempersaksikan (Yakni, kami naik saksi dan mengakui Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami).’ Supaya tiada kamu katakan pada hari Qiamat nanti bahawa: 'Kami tertegah (i.e. tertegah dari memperhambakan diri dan mengerjakan segala perintah dan suruhanMu)dalam perkara ini.' (yakni, dari mengabdikan diri kepada Allah (a.w) (sejajar dengan tututuan Allah (a.w)).’ [Ayat 172, Surah al-A’raf]

ruh kita telah berdialog dengan Allah S.W.T dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.  setiap manusia telah disisipkan keimanan dan fitrah islam ketika di alam ruh. kita telah mengikat janji setia untuk beribadah kepadaNya, mempertuhankan Allah setelah kita dilahirkan di dunia kelak.Ya, sebagai seorang manusia, kita pernah berdepan dengan Allah dan berikrar padaNya. Namun apabila ruh ditiupkan ke dalam jasad dan kita lahir di dunia, kita lupa akan perjanjian itu. beruntunglah bagi mereka yang lahir di dalam keluarga Islam yang mengamalkan cara hidup Islam, dan berusaha mempelajari Al-Quran dan Sunnah dalam mencari cahaya hidup. Kelak,, akan menemui semula ikrar janji tersebut. bagaimana pula yang lahir dalam keluarga bukan Islam? mereka harus berusaha sendiri untuk mencari hidayahNya. berutunglah kamu jika dilahirkan sebagai seorang Islam.

Maka ingatlah wahai manusia sekalian atas perjanjian yang telah kita ikrarkan kepada Allah S.W.T.... semoga kita menjadi orang yang memenuhi janji kita. inshaallah

"orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merosak akan ikatannya"- surah Ar-Ra'du:20

sekain sahaja wasalam.

No comments:

like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...